mpkkrokanutara

Latar belakang FELDA Bukit Rokan Utara[sunting | sunting sumber][sunting | sunting sumber]

FELDA Bukit Rokan Utara telah dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972. Ia terletak di antara Felda Bukit Rokan di sebelah timur dan Felda Bukit Rokan Barat di sebelah barat. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Lokasi kampung ini adalah strategik dengan kedudukannya yang bersempadan dengan 3 daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.

Kampung ini terbahagi kepada 3 peringkat yang merangkumi kawasan tanah seluas 2,823.86 hektar, dengan kawasan Peringkat 1 seluas 1,439.59 hektar, Peringkat 2 seluas 972.30 hektar manakala Peringkat 3 seluas 411.97 hektar. Jumlah keluarga yang menetap di kampung ini adalah sebanyak 521 di mana terdapat 221 keluarga di dalam Peringkat 1, 217 keluarga di dalam Peringkat 2 manakala 79 keluarga lagi menetap di Peringkat 3.

Tanaman asal di kampung ini adalah getah. Pada masa ini, setelah penanaman semula

0