MamuBro
PENANG LEATHER CAFT @ POPULAR LEATHER CRAFT telah mula beroperasi sejak tahun 1999 dengan nama POPULAR COBBLERS di Kompleks Bagan, Butterworth Pulau Pinang.
Kami adalah usahawan Kraftangan di Pulau Pinang yang terlibat dalam bidang pembuatan dan penghasilan produk dari Kulit Asli (Genuine Leather).
Kebanyakkkan produk yang kami hasilkan adalah dari sumber kulit lembu dan kulit kambing yang telah diproses dan import dari pelbagai negara dan ‘Halal’ untuk digunakan setiap hari.
Produk yang kami hasilkan adalah dari buatan tangan Master Leatherman kami iaitu MAMU BRO dan penggunaan peralatan dan mesin khas.
Waktu kami beroperasi pada hari Isnin sehingga Sabtu dari pukul 10 pagi sehingga 7 malam.
Pada hari Ahad dan Kelepasan Am temujanji perlu di buat sebelum hadir ke premis kami.
Antara produk kami hasilkan ialah seperti berikut:
Capal,Tali Pinggang, Wallet / Dompet, Beg, Tali Jam, Pelbagai Jenis Kasut dan Sandal, Membalut Seat Basikal Racing, Membalut Stering Kereta Import Dan Tempatan, Membalut Seat Motosikal Berkuasa Tinggi dan Vespa,Membuat Sarung Handfone, Membuat Sarung Pisau, Membuat Sarung Pistol.
Kami juga menawarkan perkhidmatan Service Repair Pelbagai Jenis Barang Kulit yang rosak atau untuk maintenance seperti :- talipinggang, kasut, beg, wallet,beg luggage dan lain-lain.
Kami sedia menerima tempahan OEM atau personal dari pihak Pelanggan yang inginkan produk dengan citarasa sendiri.
Kami membantu pihak Pelanggan untuk design produk yang diminta secara PERCUMA.
Kami sediakan pelbagai jenis kulit serta pilihan warna kulit untuk dipilih.
KUALITI DAN DESIGN TERBAIK untuk ANDA PELANGGAN KAMI adalah misi syarikat kami.