pibgmtt

PIBG MTT adalah sinonim bagi Pertubuhan Ibu Bapa Dan Guru Cakna Pendidikan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman.  Ma’ahad  Tahfiz adalah perkataan Arab yang bermaksud Sekolah Menengah (Ma’ahad) yang menyediakan mata pelajaran menghafal Al-Quran (Tahfiz) dan pendidikan akademik (Wal Tarbiyyah). Ibu Bapa Dan Guru Cakna Pendidikan bermaksud golongan ibu bapa dan guru yang mengambil tahu (Cakna) perkembangan dan pencapaian pelajar sepanjang tempoh persekolahan mereka.  PIBGMTT menjadi platform bagi ibu bapa dan guru untuk menjaga dan memantau perkembangan pendidikan pelajar serta menjaga kebajikan dan kemajuan pelajaran mereka di beri perhatian. PIBG juga memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di mtt ini berkongasi idea dan pendapat dalam memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka.