MPKK FELDA BUKIT ROKAN UTARA

SALING BANTU MEMBANTU HIDUP BERMASYARAKAT

Latar belakang FELDA Bukit Rokan Utara

516220193_r8KuAXwzM4m0k7pj2AImh5T63_NsGp1LlbXvFpXHDYU (1)-559432a3

SEJARAH FELDA BUKIT ROKAN UTARA

FELDA Bukit Rokan Utara telah dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972. Ia terletak di antara Felda Bukit Rokan di sebelah timur dan Felda Bukit Rokan Barat di sebelah barat. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Lokasi kampung ini adalah strategik dengan kedudukannya yang bersempadan dengan 3 daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.

Kampung ini terbahagi kepada 3 peringkat yang merangkumi kawasan tanah seluas 2,823.86 hektar, dengan kawasan Peringkat 1 seluas 1,439.59 hektar, Peringkat 2 seluas 972.30 hektar manakala Peringkat 3 seluas 411.97 hektar. Jumlah keluarga yang menetap di kampung ini adalah sebanyak 521 di mana terdapat 221 keluarga di dalam Peringkat 1, 217 keluarga di dalam Peringkat 2 manakala 79 keluarga lagi menetap di Peringkat 3.

Tanaman asal di kampung ini adalah getah. Pada masa ini, setelah penanaman semula dijalankan, tanaman utamanya terdiri daripada getah dan kelapa sawit. Kampung ini telah mempunyai segala kemudahan prasarana dan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan sistem telekomunikasi yang lengkap untuk kemudahan penduduknya.

Segala urusan pentadbiran kampung ini pada awalnya dijalankan oleh FELDA melalui satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) yang dianggotai oleh pihak pengurusan FELDA dan wakil-wakil peneroka.

Pada 14 November 1996, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyerahkan Surat Kuasa/Hak Milik tanah kepada 432 orang peneroka yang terdiri daripada 215 orang peneroka Peringkat 1, dan 217 orang peneroka Peringkat 2. Manakala baki selebihnya seramai 79 orang peneroka Peringkat 3 telah menerima Surat Kuasa/Hak Milik mereka pada penghujung tahun 2002. Dengan penyerahan Surat Kuasa/Hak Milik tanah tersebut, segala urusan pentadbiran kampung terletak di bawah sebuah jawatankuasa baru yang diwujudkan dan dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pada tahun 2018 pakatan harapan telah menang pilihan raya yang ke 14.. nama Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). yang di tubuhkan oleh kerajaan terdahulu telah di tukar kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan Kerajaan Negeri Sembilan. Dengan itu, segala urusan kemudahan prasarana dan infrastruktur kampung ini yang sebelumnya terletak di bawah tanggungjawab FELDA telah dipindahkan kepada pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

website-builder-prod02

Marketing

Section: Featured Products and Services #2.

Edit this section in the website editor. To go to the editor, press the blue button at the bottom of this page. Next in the Dashboard, press the Edit link.

website-builder-prod03a

eCommerce

Section: Featured Products and Services #3.

Edit this section in the website editor. To go to the editor, press the blue button at the bottom of this page. Next in the Dashboard, press the Edit link.

MENGENAI FELDA BUKIT ROKAN UTARA

Felda Bukit Rokan Utara terletak di Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan. Para peneroka FELDA Bukit Rokan Utara berasal dari pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Negeri Sembilan serta negeri-negeri lain di Malaysia. Majoriti peneroka FELDA Bukit Rokan Utara adalah terdiri daripada orang Melayu.

Pentadbiran FELDA Felda Bukit Rokan Utara adalah terdiri daripada FELDA yang diketuai oleh seorang Pengurus FELDA dan sebuah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dipengerusikan oleh seorang Ketua Kampung

Contact Us

Update All Address and Contact Info in the Editor