hafiztakaful

PruBSN merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga dan komuniti di seluruh Malaysia.

Apa itu takaful?

Perkataan takaful berasal daripada perkataan asas Arab “kafala” yang bermaksud tanggungjawab, tanggungjawab bersama atau saling menjamin di antara satu sama lain.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013 mendefinisikan takaful sebagai suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefesiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu.