hartanahsubsale

Ejen Harta Tanah

Hanya mereka yang berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH) yang boleh bertindak sebagai Ejen harta Tanah. Mereka memberikan perkhidmatan dalam membeli, menjual, memajak harta tanah untuk pelanggan sehingga  pulangan yang optimum dapat dicapai.

Penilai

Hanya penilai yang berdaftar boleh menyebut dirinya sebagai – “Valuer”, “Land Economist”, “Property Consultant” atau “Property Manager”. Beliau boleh menjalankan amalan penilaian, pengurusan harta tanah atau perundingan harta tanah. Beliau berpendidikan dan terlatih dalam semua bidang penggunaan dan pembangunan harta tanah, dan didaftarkan hanya setelah lulus Ujian Kompetensi Profesional yang ditetapkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH)