MamuBro

PENANGLEATHER CRAFT @ POPULARLEATHER CRAFT telah mula beroperasi sejak tahun 1999 dengan nama POPULAR COBBLERS di Kompleks Bagan, Butterworth Pulau Pinang.

Kami adalah usahawan Kraftangan di Pulau Pinang yang terlibat dalam bidang pembuatan dan penghasilan produk dari Kulit Asli (Genuine Leather).

Kebanyakkkan produk yang kami hasilkan adalah dari sumber kulit lembu dan kulit kambing yang telah diproses dan import dari pelbagai negara dan ‘Halal’ untuk digunakan setiap hari.

Produk yang kami hasilkan adalah dari buatan tangan Master Leatherman kami iaitu MAMU BRO dan dibantu juga dengan penggunaan peralatan dan mesin.

Waktu kami beroperasi pada hari Isnin sehingga Ahad dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Pada hari Jumaat waktu operasi bermula dari pukul 3 petang sehingga 10 malam.

Antara produk yang telah kami hasilkan ialah seperti berikut:

Tali Pinggang, Wallet / Dompet, Beg, Tali Jam, Kasut Capal Clasic, Pelbagai Jenis Kasut dan Sandal, Membalut Seat Basikal Racing, Membalut Stering Kereta Import Dan Tempatan, Membalut Seat Motosikal Berkuasa Tinggi dan Vespa,Membuat Sarung Handfone, Membuat Sarung Pisau, Membuat Sarung Pistol dan Service Repair Pelbagai Jenis Barang Kulit 

Kami sedia menerima tempahan dari pihak Pelanggan yang inginkan produk dengan citarasa sendiri.

Kami juga bantu pihak Pelanggan untuk design produk yang diminta secara PERCUMA.

Kami sediakan pelbagai pilihan warna kulit untuk dipilih.

Kami sangat menitikberatkan KUALITI DAN DESIGN TERBAIK untuk ANDA PELANGGAN KAMI… 

0

0